Farah Kamal

By: Farah Kamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 22-Jan-2009 05:03 Email | Share | | Bookmark
Happy 2nd Birthday Sara

 
Sara - 3 months
 
View all 6 photos...
16 Januari 2009 baru ni genaplah umur Sara 2 tahun. Sekejap je..rasanya mcm baru je aku dok mengagah2 dia...bersembur2 air liur nk bercakap..tau2 dh 2 thn umur dia. Maka aku pun buatlah cupcakes utk birthday dia...bknnya nk celebrate sgt sebenarnya sbb dia bkn reti pun cuma aku sengaja gatal tangan sbb skrg ni mmg tgh menggila nk buat kek. Dengan itu terhasillah 25 biji cupcakes yg terhias indah (chewah!).
Aku buat flavor coklat. Ingatkn nk gi tiup lilin kat umah Buyie aku, skali kak ana (wife Buyie) plak x berapa larat. Malaslah plak aku nk nyusahkan org. So, cuma aku n hubby je lah nyanyikan lagu birthday kat Sara n dia tiup lilin. Pastu hari Isnin baru ni, dia gi school, aku bg kat geng2 dia suruh habiskan...
Anyway, malam tu gak kitaorg gi minum kat Melting Pot - Concorde KL, kebetulan ada 3 org celebrate birthday malam tu kat situ. Maka dapatlah Sara dgr 3 kali lagi lagu Happy Birthday. Dia pun perasanlah mcm org nyanyikan utk dia...


Saturday, 10-Jan-2009 15:13 Email | Share | | Bookmark
Shopping Sakan di Bandung

 
 
 
View all 14 photos...
Hari Raya Aidilfitri 2008 merupakan hari raya yang paling meriah bagi keluargaku. Ini kerana adik perempuanku yang menetap di Qatar pulang beraya bersama kami di kampung (Pekan, Pahang). Bagi ibu bapaku mereka lah orang yang paling seronok kerana buat pertama kalinya dapat beraya dengan cucu2.
Buat diriku pula, aku mengambil kesempatan ini untuk merancang perjalanan bersama adikku untuk ke Bandung memandangkan selama ini kami selalu mendengar cerita orang tentang keseronokkan berbelanja di sana. Sebenarnya buat diriku, aku bukanlah seseorang yang suka berbelanja namun sebaliknya buat adikku. Namun begitu, setibanya di sana, kami seolah2 bertukar personaliti.
Apa2 pun percutian ini sungguh bermakna kerana kami berdua dapat menghabiskan masa bersama selama 4 hari 3 malam di Bandung + Jakarta!


Wednesday, 7-Jan-2009 18:21 Email | Share | | Bookmark
Hobi Baru

Sebelum Menuntut Ilmu
Sebelum Menuntut Ilmu
Bersama Ilmu di Dada
View all 4 photos...
Baru-baru ni aku mempunyai hobi yang baru iaitu cake baking especially cupcake. Entah macam mana kek-kek yang aku buat semuanya menjadi. Jikalau sebelum ni aku cuma terer buat cookies je, tahun ni open house siap buat kek lagi.
Cupcakes tu plak aku geram tengok design kat blog2 pakar kek ni. Maka aku carilah resepi kat martha stewart dot com lagi. Masa birthday aku, buatlah sendiri kek nya. Bila dah rasa sedap tu (chewah! perasan) aku turunkan creativity aku kat cupcakes tu.
Tapi aku tau, walaubagaimanapun kenalah pergi menuntut ilmu, maka aku mendaftarkan diri dengan kak lea (Daalia Mazlan). Terima kasih Kak Lea..


Wednesday, 7-Jan-2009 13:01 Email | Share | | Bookmark
Bercuti di Qatar

 
 
 
View all 12 photos...
Pertama kali nak bermula di dalam fotopages ni, aku tercari2 mana satu gambar nak dipilih untuk diletakkan. Baik aku mulakan dgn percutian terakhir aku iaitu ke Qatar. Aku ke sana kerana melawat adik perempuan tersayang yang sudah tiga tahun menetap di sana. Saban tahun memujuk aku ke sana, entah macam mana tahun ni suami tercinta mengizinkan aku pergi. Macam tak percaya plak, tapi akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ke sana. Pertama kali berpisah dengan kekasih hati, gundah gulana di hati. Namun bila mengenangkan adik dan anak buah, terubat juga rindu di hati. Aku ke sana selama 2 minggu. Sempatlah pergi Sand Duning and quadbiking. Itu semua pengalaman baru dalam hidup selama 30 tahun ini.....


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net